Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan sebuah berus gigi pintar, dan juga Mi Ninebot Plus. Turut diperkenalkan sama dibawah ekosistem pintar Xiaomi hari ini adalah sebuah projektor lazer yang membolehkan anda memaparkan gambar sehingga bersaiz 150-inci melaluinya pada kecerahan 5000 lumens.

Dinamakan sebagai Mi Laser Projector, ia boleh diletakkan pada jarak antara 50sm daripada dinding, dan ia akan memaparkan gambar yang jelas melaluinya. Xiaomi mengatakan ia menggunakan teknologi lazer ALPD 3.0 utuk menguasakannya, selain turut dilengkapi dengan integrasi 4 speaker terbina dengan sokongan Dolby Digital.

Xiaomi Mi Laser Projector

Dengan penawaran daripada Xiaomi ini, ia juga turut hadir dengan integrasi Mi TV secara terbina untuk memudahkan pengguna di China menikmati kandungan video seperti filem dan juga siri-TV.

Di China, Xiaomi menawarkan ia pada harga 9999 Yuan iaitu sekitar RM6320. Buat masa ini, ia hanya disasarkan untuk pasaran di China sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd