Google Translate Kini Terjemah Bahasa Malaysia Dengan Sokongan Mesin Neural

Google Translate Kini Terjemah Bahasa Malaysia Dengan Sokongan Mesin Neural

Diterbitkan pada July 7, 2017 oleh .

Google telah mula memperkenalkan sokongan terjemahan yang dijana berasaskan kepada Google Neural Machine Translation (GMNT) bermula daripada bahasa Mandarin sejak tahun lepas. Pada tahun ini, kita turut menyaksikan pengenalan sokongan sama untuk bahasa Indonesia, dan akhirnya kini ia turut menyokong bahasa Malaysia.

Menurut Google, dengan pengenalan sokongan terjemahan mesin neural untuk bahasa Malaysia, ia kini menyokong lebih kurang 77 bahasa.

Google Translate

Terjemahan berasaskan kepada GMNT ini menawarkan hasil yang jauh lebih baik berbanding dengan sebelumnya. Sebelum ini, Google Translate lebih kepada membuat terjemahan berasaskan kepada sesuatu perkataan – dan kadang-kala maksud yang dibawa hilang ketika terjemahan. Melalui penggunaan GMNT, Google mengambil kira konteks sesebuah ayat, dan membuat terjemahan penuh untuk ayat berkenaan – sekaligus mengekalkan maksud yang dibawa olehnya.

Buat masa ini, terjemahan GMNT hanya menyokong kepada terjemahan atas-talian sahaja. Sokongan untuk terjemahan luar-talian dijangka akan hadir pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN