Misteri mengenai acara yang dianjurkan oleh PlayStation di Kuala Lumpur kini terjawab. Pada 5 Ogos hadapan acara PlayStation Experience Asia Tenggara akan berlangsung secara julung kalinya di Asia Tenggara bertempat di KL Live.
Acara ini terbuka kepada semua dan masuk pula adalah percuma. Bagi yang hadir mereka boleh mencuba sendiri beberapa demo permainan yang diperlihatkan di acara E3 yang lalu. Antara demo yang akan hadir ialah Everybody’s Golf, Detroit : Beyond Human, GT Sports, Knack II, Far Cry 5 dan No Heroes Allowed! VR .
Ini walaubagaimanapun bukan senarai akhir demo-demo yang boleh dicuba oleh pengunjung. Mereka juga berpeluang menerima barangan berjenama PlayStation pada acara yang sama. Beberapa pembangun turut dijangka hadir dan mengambil pentas utama untuk mengumumkan permainan baru mereka.
Sebelum ini PlayStation Experience berlangsung di Las Vegas. Bagi peminat PlayStation, ini adalah acara yang kami pastinya tidak boleh dilepaskan.