Kamera Digital Tanpa Cermin Leica TL2 Dilancarkan

Kamera Digital Tanpa Cermin Leica TL2 Dilancarkan

Diterbitkan pada July 11, 2017 oleh .

Kamera keluaran Leica memang terkenal di kalang peminat seni fotografi. Ia adalah jenama elit yang terkenal dengan kemampuan mengambil gambar yang baik. Oleh itu apabila lensa Leica mula digunakan pada peranti Huawei, ia mendapat sambutan yang baik kerana ia menjadi Leica paling mampu dimiliki. Leica melancarkan kamera digital tanpa cermin terkini mereka iaitu Leica TL2.

Ia adalah penambahbaikan dari Leica TL yang baru sahaja dikemaskini hujung tahun lalu. Leica TL2 dilengkapi sensor 24-Megapixel APS-C dengan pemproses imej Maestro II. Sistem pengatup elektronik yang digunakan mampu mengambil gambar sehingga 20 FPS. Kemampuan merakam video pula ialah 4K 60FPS, 1080P 60FPS dan 720P 12FPS gerak perlahan

Terdapat 49 titik memfokus pada kamera ini berbanding hanya 9 pada model sebelumnya. Skrin sesentuh 3.7″ pada panel belakang memudahkan navigasi dan melihat gambar yang diambil. Terdapat sokongan WiFi dan USB 3.0 bagi memudahkan pemindahan gambar dengan pantas. Lensa siri TL dan SL boleh dibangunkan pada kamera ini dengan sokongan lensa siri M dan R menggunakan penyesuai. Harga jualan Leica TL2 ialah $1950 (~RM 8380)  tanpa lensa.


TIPS & ULASAN