Xiaomi Berkongsi Senarai 34 Peranti Yang Akan Menerima MIUI 9

Xiaomi Berkongsi Senarai 34 Peranti Yang Akan Menerima MIUI 9

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Xiaomi memasuki pasaran Malaysia dan membuktikan peranti pintar tidak perlu mempunyai harga pecah dompet untuk dimiliki. Jika ada satu komen negatif mengenai Xiaomi ialah peranti mereka tidak semuanya akan menerima kemaskini perisian. Bagi mereka yang tidak peduli tentang versi Android, ini bukanlah masalah besar.

Tetapi bagi mereka yang mementingkan kemaskini, ini ialah sebab mengapa mereka tidak memilih Xiaomi. MIUI 9 yang berasaskan Android Nougat akan dilancarkan pada 26 Julai hadapan. Sempena pelancaran pelancar terkini mereka ini, Xiaomi telah berkongsi senarai 34 peranti yang bakal menerimanya. Ini ialah senarai yang agak panjang dan mengejutkan.

Mi 2/2S,  yang dilancarkan pada tahun 2013 disenaraikan sebagai penerima. Ini adalah kerana Xiaomi mendapati peranti ini masih digunakan oleh 5 Juta pengguna. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat beberapa peranti yang menerima kemaskini kepada MIUI9 – tetapi menggunakan versi Android lama, dan menawarkan fungsi yang terhad. Kesemua peranti di bawah akan menerima MIUI 9 China ROM. Senarai untuk Global ROM masih belum dikongsikan buat masa ini.

  1. Mi 6
  2. Mi 5s Plus
  3. Mi 5s
  4. Mi 5c
  5. Mi 5
  6. Mi 4S
  7. Mi 4c
  8. Mi 4
  9. Mi 3
  10. Mi 2/2S
  11. Mi MIX
  12. Mi Max 2
  13. Mi Max, Mi Note 2
  14. Mi Note/Pro
  15. Mi Pad 2
  16. Mi Pad 1
  17. Redmi Note 4X (MTK)
  18. Redmi Note 4X (SD)
  19. Redmi Note 4
  20. Redmi Note 3 (MTK)
  21. Redmi Note 3 (SD)
  22. Redmi Note 2
  23. Redmi Note
  24. Redmi Pro
  25. Redmi 4X
  26. Redmi 4A
  27. Redmi 4
  28. Redmi 4 Prime
  29. Redmi 3S/Prime
  30. Redmi 3
  31. Redmi 2A
  32. Redmi 2/Prime
  33. Redmi 1S
  34. Redmi 1

TIPS & ULASAN