Carian
Touch ‘n Go Dan Alipay Menubuhkan Syarikat Usahasama Untuk Pembangunan Ekosistem E-Dompet
July 24, 2017 Aman

Lanjutan daripada laporan awal pagi ini, kini CIMB mengumumkan yang mana subsidiari mereka, Touch ‘n Go dan juga Ant Financial (syarikat sebalik Alipay) akan menubuhkan syarikat usahama untuk pembangunan ekosistem kewangan digital di Malaysia.

Melalui syarikat usahasama ini, Touch ‘n Go akan mempunyai pegangan majoriti, dan selebihnya oleh Ant Financial. Melalui kerjasama ini, Touch ‘n Go ingin hadir dengan platform kewangan atas-talian dan luar-talian bertaraf antarabangsa, sekaligus memudahkan perkhidmatan bayaran terus melalui telefon pintar pengguna.

Alipay akan membantu Touch ‘n Go dalam pembangunan serta teknologi disebalik e-dompet ini, selain Touch ‘n Go akan turut bekerjasama dengan sejumlah bank tempatan dalam memudahkan penambahan wang ke e-dompet ini.

Disamping itu, mereka juga akan turut bekerjasama dalam mempromosikan dan menambah pelbagai rakan kedai dan penjual yang menyokong platform e-dompet baru ini.

Tiada sebarang nama untuknya diumumkan buat masa ini, dan mungkin kita akan melihatnya diperkenalkan pada 2018 kelak.

Komen