Apple Membayar RM 8.56 Billion Kepada Nokia Bagi Menyelesaikan Saman Paten

Apple Membayar RM 8.56 Billion Kepada Nokia Bagi Menyelesaikan Saman Paten

Diterbitkan pada July 29, 2017 oleh .

Mei lalu Apple dan Nokia menandatangani persetujuan bagi menyelesaikan kes saman yang melibatkan paten milik Nokia. Pada waktu tersebut nilai bayaran yang dibayar kepada Nokia tidak didedahkan. Laporan kewangan suku ke-dua Nokia menjawab persoalan ini.

Nokia

Di dalam dokumen yang dikongsi kepada umum, Apple telah membayar wang pendahuluan €1.7 Billion (~RM 8.56 Billion). Nokia bersetuju untuk melesenkan beberapa paten untuk digunakan oleh Apple. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk melakukan bekerjasama di dalam bidang rangkaian optikal, IP routing dan kesihatan digital di masa hadapan.

Nokia sebelum ini menyaman Apple kerana menggunakan 32 paten milik mereka pada iPhone 3GS dan seterusnya. Setelah kemelut berjaya diselesaikan, Apple kembali menjual produk kesihatan Withings yang dimiliki Nokia di Apple Store.


TIPS & ULASAN