Nokia 8 Mungkin Menggunakan Android O

Nokia 8 Mungkin Menggunakan Android O

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Nokia 8 ialah peranti yang amat dinantikan kerana ia peranti berspesifikasi tinggi tidak seperti peranti Nokia lain yang dilancarkan tahun ini. HMD Global akan mengadakan acara pada 16 Ogos hadapan ia besar kemungkinan acara di mana peranti ini akan diperlihatkan secara rasmi. Hari ini ada sebuah lagi berita menarik mengenai Nokia 8. Laman Geekbench menunjukkan peranti yang dipercayai adalah Nokia 8 dan ianya menggunakan Android O. Ini mungkin akan menjadikan Nokia 8 antara peranti terawal yang menggunakan versi terkini sistem operasi ini. Tahun lalu LG V20 adalah peranti pertama yang menggunakan Android Nougat.


TIPS & ULASAN