Media Prima Selesai Proses Pengambil-Alihan Rev Asia

Media Prima Selesai Proses Pengambil-Alihan Rev Asia

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Selepas pengumuman pengambil-alihan Rev Asia pada bulan Mei 2017 lepas, kini Media Prima Digital akhirnya menyelesaikan pengambil-alihan berkenaan, dan telah menjadi pemilih untuk pelbagai media digital dibawah jenama Rev Asia.

Dibawah pengambil-alihan bernilai mencapai RM105 juta berkenaan, Media Prima menambah sejumlah penerbitan dibawah mereka, termasuk ViralCham, Rojaklah, OhBulan, JuiceOnline, SirapLimau, KongsiResipi, MyResipi, Says, 8Share dan juga Klips.

Langkah ini terus mengukuhkan kedudukan Media Prima dalam arena digital, dan membolehkan mereka mempunyai angka kunjungan web yang sangat tinggi di Malaysia.

Dengan ini juga, ia akan membolehkan Media Prima Digital untuk menyasarkan pendapatan melalui pengiklanan digital, memandangkan mereka mempunyai angka kunjungan ketiga tertinggi selepas Google dan Facebook di Malaysia.

Kita mungkin akan dapat melihat beberapa perubahan pada laman-laman berkenaan mula dilakukan pihak Media Prima Digital selepas ini.


TIPS & ULASAN