Lanjutan daripada laporan awal pagi ini, kini melalui pengumuman melalui Bursa Malaysia, Rev Asia mengesahkan yang mana Media Prima akan mengambil-alih Rev Asia Holdings pada nilai mencapai RM105 juta. Pengambil-alihan ini turut mengukuhkan kedudukan Media Prima dalam arena digital dengan meletakkan mereka di posisi ketiga dari segi kunjungan web – selepas Google dan Facebook.
Dengan pengambil-alihan Rev Asia Holdings, Media Prima turut mendapatkan anak syarikat yang terdiri daripada Rev Digital, Rev Entertainment, Rev Social Malaysia, Rev Lifestyle dan juga Rev Social International.
Antara portal web yang terlibat dan akan beroperasi dibawah Media Prima pasca pengambil-alihan ini adalah termasuk ViralCham, Rojaklah, OhBulan, JuiceOnline, SirapLimau, KongsiResipi, MyResipi, Says, 8Share, dan juga Klips.
Pengambil-alihan ini dijangka selesai sepenuhnya menjelang suku ketiga 2017 ini.