Sony Xperia XZ Premium Kini Boleh Menstrim Kandungan HDR Netflix

Sony Xperia XZ Premium Kini Boleh Menstrim Kandungan HDR Netflix

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Video HDR ialah format terkini yang menjanjikan paparan lebih terang dan hidup. Bagi mereka yang mempunyai televisyen berskrin HDR, kandungan HDR dari Netflix dan Amazon Video boleh distrim. Pada peranti mudah alih, Sony Xperia XZ Premium kini disokong secara rasmi oleh Netflix.

Denga sokongan ini, skrin 4K HDR pada XZ Premium akan dapat digunakan dengan lebih optimum. Ini meletakkan XZ Premium sebagai peranti kedua yang disokong Netflix untuk menstrim kandungan HDR. Sebelum ini LG G6 tersenarai sebagai peranti yang boleh menstrim kandungan HDR Dolby Vision. Tidak diketahui bilakah Samsung Galaxy S8 akan termasuk di dalam senarai sokongan Netflix.


TIPS & ULASAN