LG V30 akan dilancarkan di acara IFA pada 31 Ogos hadapan. Banyak maklumat telah tertiris mengenai peranti dengan sistem dwi-kamera ini. Sebelum ini kedengaran ura-ura V30 akan dilengkapi lensa kamera f1/.6. LG baru sahaja mengesahkannya dan ini menjadikan V30 peranti pertama menggunakan lensa dengan apertur sebesar ini.
Tidak terhad di situ, lensa f/1.6 ini turut diperbuat daripada kaca. Pada peranti pintar lain menggunakan lensa plastik. Menurut LG, lensa kaca Crystal Clear Lens akan memberikan kemampuan mengambil gambar yang lebih tinggi sekaligus menjadikan V30 peranti terbaik untuk peminat fotografi mudah alih.
Lensa f/1.6 membenarkan 25% lebih banyak cahaya berbanding f/1.8 yang ditemui pada iPhone. Hasilnya ialah gambar yang lebih terang dengan penghasilan warna yang lebih tepat.