Cari @ Amanz

Kementerian Pendidikan sedia mengatakan sebelum in yang mana mereka sedang mempertimbangkan penggunaan peranti pintar di sekolah. Mengulas lanjut mengenainya, hari ini, Menteri Pendidikan mengatakan beberapa jenis peranti pintar akan dibenarkan dalam bilik darjah bermula awal 2018 kelak.

Ini merupakan selangkah untuk ke arah bilik darjah berbentuk digital. Polisi buat masa ini tidak membenarkan para pelajar membawa peranti pintar ke sekolah, dan kementerian dalam fasa akhir untuk membuat draft untuk polisi baru.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, telefon tidak akan dibenarkan kerana ia akan membuatkan proses pembelajaran terganggu. Kerajaan juga akan mengehadkan tempoh masa penggunaan peranti pintar berdasarkan kepada subjek yang diajar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd