Facebook Menggunakan Aplikasi VPN Onavo Untuk Mempelajari Trend Pengguna

Facebook Menggunakan Aplikasi VPN Onavo Untuk Mempelajari Trend Pengguna

Diterbitkan pada Ogos 14, 2017 oleh .

Onavo merupakan salah satu aplikasi VPN popular yang digunakan ramai pengguna peranti mudah-alih dalam memudahkan mereka mengakses pelbagai laman dengan pantas, selain memantau penggunaan data pada peranti mudah-alih. Facebook telah mengambil-alih Onavo pada 2013 yang lepas, dan kini turut mempromosikan aplikasi Onavo melalui aplikasi utama Facebook.

Onavo mengumpulkan data secara awanama, dimana melaluinya, merkea boleh mengetahui data dan informasi seperti aplikasi popular yang digunakan ramai, berapa lama sesuatu aplikasi digunakan, apakah aplikasi yang digunakan oleh lelaki dan wanita, serta aplikasi yang popular disesuatu negara.

Data-data ini digunakan oleh Facebook untuk membuat pelbagai perkara. Menurut WSJ,data berkenaan turut digunakan oleh Facebook untuk membuat pembelian WhatsApp pada 2014 yang lepas.

Disamping itu, data sama turut dikatakan digunakan Facebook untuk melihat kepada populariti aplikasi penstriman video langsung seperti Meerkat dan Periscope – sebelum memperkenalkan Facebook Live terus pada aplikasi mereka.

Facebook juga dikatakan mengetahui akan pengurangan pengguna dan peralihan pengguna daripada Snapchat kepada Instagram melalui penggunaan data daripada Onavo ini.

Dengan penggunaan data-data ini, tidak mustahil kita melihat Facebook terus mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri baru dengan lebih pantas berbanding pesaing – serta mengambil-alih syarikat teknologi yang selari dengan misi dan visi Facebook.


TIPS & ULASAN