Pasaran Windows Phone kini di bawah 1% di dunia. Ini akan menjadi semakin parah kerana sokongan kepada Windows Phone 8.1 telahpun dihentikan oleh Microsoft. Ini memaksa pihak polis New York untuk menggantikan 36000 peranti Windows Phone yang digunakan oleh anggota mereka dengan iPhone menjelang penghujung tahun ini.
Kesemua peranti Lumia 830 dan Lumia 640 XL yang digunakan sekarang masih menggunakan Windows Phone 8.1. Mereka bekerjasama dengan Microsoft untuk menghasilkan aplikasi kecemasan dan sekuriti bagi mengelakkan peranti digodam. Pihak NYPD akan membelanjakan sehingga $160 Juta (~RM 682 Juta) bagi membeli iPhone baru untuk kegunaan anggota. Model yang bakal dipilih masih belum diumumkan.