Skrin Samsung Galaxy Note 8 Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Skrin Samsung Galaxy Note 8 Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Diterbitkan pada Ogos 29, 2017 oleh .

Status skrin Samsung Galaxy S8 sebagai yang terbaik pada telefon pintar hanya bertahan selama empat bulan. Takhta ini diambil alih pula oleh Samsung Galaxy Note 8 menurut DisplayMate yang memberikannya gred A+. Ini ialah gred yang sama diberikan kepada Galaxy S8 April lalu tetapi skrin Note 8 telah menerima beberapa penambahbaikan.

Keterangan skrin Note 8 mencecah 1200 nits berbanding hanya 1050 nits pada S8. Ia turut menyokong HDR dan paparkan yang boleh ditetapkan mengikut kehendak pengguna. Teknologi OLED pada peranti mudah alih akan meletup tahun ini kerana kos penghasilan yang setanding dengan LCD. Huawei dan Apple kedua-duanya mula menggunakan skrin OLED tahun ini kerana kelebihannya berbanding LCD yang sudah agak berusia.


TIPS & ULASAN