Carian
Kabel Dasar Laut Mengalami Masalah – Sambungan Internet Anda Mungkin Perlahan
September 3, 2017 Aman

Menghadapi masalah sambungan internet? Masalah ini bukan dihadapi anda sahaja, sebaliknya ramai pengguna di Asia Tenggara di sebabkan oleh kerosakkan pada kabel bawah tanah yang menghubungkan rantau Asia Tenggara ke pelbagai negara lain.

Pihak Telekom Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini buat masa ini. Namun, menurut beberapa laporan, ia dikatakan antara kabel yang terkesan adalah termasuk AAG (Asia-American Gateway), TGA-Intra Asia (TGA-IA) dan juga SMW3 (SEA-ME-WE3). Pembaik-pulihan dijangka mungkin mengambil masa mencapai sehingga 6 minggu.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, mengikut kejadian sama sebelum ini, penyedia internet akan mengalihkan trafik mengikut laluan lain untuk tempoh sementara waktu ini. Pada pengguna umum mungkin mengalami sedikit lengah masa berbanding kebiasaan pada sambungan mereka.

https://twitter.com/TMConnects/status/904282001699729408

Komen