Cari @ Amanz

Fon kepala Beats Studio 3 telah dilancarkan semalam dengan cip Apple W1 bagi memudahkannya ditambat kepada peranti Apple seperti AirPod. Ini bagi membolehkan fon telinga tanpa wayar ini mempunyai sistem peredam bunyi yang baik untuk kualiti audio yang tinggi. Pendakap telinga diperhalusi oleh Beats untuk memastikan keselesaan memakainya sepanjang hari.

Bateri yang disertakan memberikan kemampuan memainkan muzik sehingga 20 jam dengan sistem peredam bunyi diaktifkan. Ini meningkat ke 40 jam sekiranya sistem peredam dimatikan. Sistem pengecasan pantas membolehkan ia memainkan muzik selama 3 jam dengan pengecasan selama 10 minit. Aneh sekali ia menggunakan port MikroUSB dan bukannya Lightning seperti produk Apple yang lain. Sepasang Beats Studio 3 dijual pada harga $350 (~RM 1495) dengan enam pilihan warna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd