Xiaomi Mi A1 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Penghujung September

Xiaomi Mi A1 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Penghujung September

Diterbitkan pada Sep 5, 2017 oleh .

Xiaomi hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka dinamakan Mi A1 – dan mencuri perhatian pada telefon pintar berkenaan adalah sokongan dwi-kamera, selain penggunaan Android One dan bukannya MIUI.

Xiaomi Mi A1

Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia turut menggunakan gabungan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang, dan menggunakan kamera 5-megapixel dihadapan.

Menjadi fokus utama padanya juga adalah sokongan Android asli tanpa penambahan antaramuka. Google turut menjanjikan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk Mi Ai ini sebelum penghujung 2017 kelak.

Berkongsi lanjut mengenainya, Xiaomi mengumumkan yang mana Xiaomi Mi A1 akan hadir ke pasaran Malaysia bermula penghujung September ini, dan ditawarkan di atas-talian, dan juga di kedai jualan fizikal.


TIPS & ULASAN