Essential Phone Dinobatkan Sebagai Peranti Yang Amat Sukar Untuk Diperbaiki

Essential Phone Dinobatkan Sebagai Peranti Yang Amat Sukar Untuk Diperbaiki

Diterbitkan pada Sep 6, 2017 oleh .

Essential Phone ialah peranti yang mempunyai rekaan yang unik dan dihasilkan oleh Andy Rubin yang merupakan pengasas Android. Keunikannya terletak pada kerangka titanium dan rekaan hampir semua skrin. Ini membuatkan skrin amat terdedah kepada kebarangkalian retak sekiranya terjatuh ke lantai.

Bagi mengurangkan kos, ramai pemilik sekarang memilih untuk memperbaiki skrin sendiri di rumah. Di dalam kes Essential Phone ini mungkin mustahil untuk dilakukan. Laman iFixit memberikan markah 1 dari 10 dari segi kemudahan membaikpulih peranti ini. Ini adalah setanding markah yang diberikan kepada MacBook 13″ Touchbar sebelum ini.

Mereka mendapati skrin perlu dibeku dan dipecahkan terlebih dahulu sekiranya ia ingin ditanggalkan. Untuk mengakses komponen dalaman, proses yang sama perlu dilakukan, ini bermakna sekiranya komponen dalaman mengalami masalah, skrin harus dikorbankan walaupun masih dalam keadaan baik. Tambahan lagi port USB-C disadur ke papan induk dan bukan menggunakan reben mudah tanggal seperti pada peranti lain. Kesukaran membaiki ini pastinya akan menyebabkan kos membaik pulih meningkat.


TIPS & ULASAN