Carian
Harga Jualan iPhone 8 Mahal Kerana Samsung Mengawal Pasaran OLED
September 7, 2017 Effi Saharudin

Sejak dua bulan yang lalu kedengaran laporan harga jualan Apple iPhone 8 akan melangkaui $1000 sebuah. Ini adalah lebih mahal berbanding Samsung Galaxy Note 8 yang mencecah $900 sebuah. Terdapat banyak artikel yang mula membincangkan harga jualan yang mahal ini mungkin mendatangkan kesan negatif terhadap jumlah jualan kedua-dua peranti.

Firma penganalisa KGI hari ini dipetik mengatakan, harga jualan iPhone 8 adalah mahal kerana Samsung mengawal pasaran OLED dunia. Apple dilaporkan sebelum ini menggunakan panel OLED keluaran Samsung untuk iPhone 8. Beliau menganggarkan kos sekeping panel OLED untuk iPhone 8 ialah sekitar $120-$130 (~RM 506-548) . Ini adalah jauh lebih mahal berbanding $45-$55 (~RM 190-232) untuk sekeping panel LCD.

Apple iPhone 8 dan 7S akan dilancarkan pada 12 September ini di Steve Jobs Theatre yang terletak di kampus baru Apple. Adakah anda masih akan membeli iPhone 8 walaupun ia dijual pada harga hampir RM 5000?

Komen