iPhone 7 Berjaya Diubahsuai Untuk Mengembalikan Bicu Audio 3.5mm

iPhone 7 Berjaya Diubahsuai Untuk Mengembalikan Bicu Audio 3.5mm

Diterbitkan pada Sep 8, 2017 oleh .

Sokongan bicu audio 3.5mm dihentikan pada iPhone 7  dan 7 Plus tahun lalu. Menurut Apple ini memerlukan keberanian kerana melakukan sesuatu yang baru. Reaksi dari orang ramai adalah negatif tetapi angka jualan iPhone tidak terlalu terjejas dengan keputusan mereka ini. Bagi mereka yang masih mendambakan bicu audio pada iPhone 7, anda mungkin boleh mengikut langkah yang diambil oleh Scotty Allen.

Bekas pengaturcara ini berjaya mengembalikan bicu audio 3.5mm pada sebuah iPhone 7. Beliau sudah mengusahakan projek ini selama beberapa bulan dan terpaksa mengorbankan beberapa iPhone sebelum menemui kejayaan. Beliau mendapati masih terdapat ruang untuk bicu audio di dalam kerangka iPhone 7.

Penyesuai Lightning ke bicu audio diubahsuai dan dimasukkan ke dalam peranti. Kemudian papan induk juga diubahsuai bagi menyokong komponen buatan sendiri ini. Tetapi projek modifikasi ini masih belum sempurna. Allen berkata peranti tidak boleh dicas sekiranya fon kepala berwayar disambung pada bicu audio. Bagi yang ingin mencuba melakukannya sendiri, skematik dan komponen yang diperlukan disenaraikan di pautan di bawah.


TIPS & ULASAN