Selain pengumuman iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, pihak Apple turut membuat kejutan dengan memperkenalkan telfeon pintar bersempena ulang-tahun ke-10 Apple, dan turut dikatakan bakal membawa revolusi seterusnya, iaitu iPhone X (dipanggil iPhone Ten).
iPhone X hadir dengan rekaan yang serba baru. Pada bahgaian hadapan, pengguna boleh melihat rekaan skrin menyeluruh dengan bingkai yang sangat nipis. iPhone X menggunakan skrin bersaiz 5.8-inci dengan paparan Super Retina yang menawarkan kadar ketumpatan 458PPI. Apple turut buat pertama kalinya menggunakan teknologi paparan OLED pada iPhone melalui iPhone X ini.
Disamping itu, satu lagi perubahan besar yang dibawakan adalah dimana iPhone X tidak lagi menyertakan butang Home, sebaliknya menggunakan sokongan gesture. Dengan ketiadaan butang Home, Apple turut menambah sebuah ciri baru dinamakan Face ID yang membolehkan anda mengakses peranti melalui imbasan wajah.
Apple sendiri dilihat memberikan penekanan terhadap ciri kamera hadapan – dimana iPhone X turut menyertakan sebuah fungsi baru yang dinamakan Animoji. Melaluinya, anda boleh membuat animasi menggunakan gerakan wajah anda tetapi melalui watak emoji. Apple memanggilnya sebagai Truedepth Camera, dimana ia turut menyokong rakaman gambar Potrait melalui kamera hadapan.
iPhone X menggunakan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang yang mengabungkan lensa f/1.8 dan juga f/2.4. Kedua-duanya hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal untuk membolehkan anda merakamkan gambar dengan lebih baik berbanding kebiasaan.
Seperti iPhone 8, iPhone X turut dijana menggunakan cip pemprosesan A11 Bionic dengan rekaan enam-teras, selain turut dilengkapi cip GPU dan ISP yang direkabentuk sendiri oleh Apple. Dengan perkembangan sihat ini, Apple turut mengatakan kini iPhone X menawarkan masa penggunaan 2 jam lebih lama berbanding iPhone 7.
iPhone X turut menyokong pengecasan tanpa wayar, serta menggunakan rekaan kalis air.
iPhone X akan hadir dalam variasi storan 64GB dan 256GB pada harga bermula $999 (~RM4203) dan akan mula dipasarkan bermula 3 November 2017 kelak.
- Info
- Sumber terdekat kami mengatakan U Mobile mempunyai beberapa pelan baru iPhone yang akan datang. Semak u.com.my untuk kemaskini.