Pengecas Pantas Untuk iPhone X dan iPhone 8 Dijual Berasingan – Harga Bermula Dari RM229

Pengecas Pantas Untuk iPhone X dan iPhone 8 Dijual Berasingan – Harga Bermula Dari RM229

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Selamat datang ke dunia pengecasan pantas kepada Apple iPhone 8, 8 Plus dan X. Setelah bertahun bertegas tidak menyokong fungsi yang telah menjadi standard pada platform Android sejak beberapa lama, Apple akur dengan permintaan peminat. Ketiga-tiga model iPhone terkini boleh dicas sehingga 50% dalam masa hanya 30 minit. Tetapi Apple tidak menyertakan pengecas pantas dengan setiap pembelian peranti baru ini.

Sebaliknya pengecas standard 5W (5V, 1A) yang lama sahaja diberikan. Untuk menggunakan sistem pengecasan baru ini tiga pengecas berasingan boleh dibeli terus dari Apple. Tiga model ditawarkan iaitu 29W USB-C Power Adapter, 61W USB-C Power Adapter dan 87W USB-C Power Adapter. Harga jualan bermula dari RM 229 sebuah. Ini adalah harga tanpa kabel USB-C yang dijual berasingan pada harga bermula RM 119 seutas.

Berita baik di sini ialah sekiranya anda pemilik Apple MacBook model baru, pengecas ini turut boleh digunakan untuk komputer riba anda. Jadi kami ingin mengingatkan bakal pembeli iPhone 8 dan iPhone X untuk bersedia membelanjakan sekurang-kurangnya RM 348 untuk menikmati fungsi pengecasan pantas.


TIPS & ULASAN