Carian
iPhone 8 Dan iPhone X Dilengkapi Dengan Sokongan Pengecasan Pantas – Sehingga 50% Dalam 30 Minit
September 13, 2017 Aman

Setelah dinantikan sekian lama, kini melalui telefon iPhone 8 dan juga iPhone X yang baru, pihak Apple akhirnya telah menambah sokongan pengecasan pantas. Apple tidak berkongsi lanjut mengenai teknologi dan kuasa pengecasannya, tetapi mengatakan pengguna boleh mengecas sehingga 50% dalam masa sekitar 30 minit.

Menurut halaman spesifikasi yang disediakan oleh Apple, mereka mengatakan capaian pengecasan 50% dalam masa 30 minit ini berjaya dicapai hasil penggunaan aksesori tambahan Apple USB-C Adapters (29W Model A1540, 61W Model A1718 dan juga 87W Model 1719).

Ini bermakna, pengecas yang hadir terbina dalam kotak mungkin tidak menyokong pengecasan pantas, tetapi memerlukan sebuah aksesori tambahan khusus iaitu adapter berasaskan USB-C.

Walaubagaimanapun, ia akhirnya suatu yang menarik untuk melihat Apple menyokong pengecasan pantas pada iPhone generasi baru mereka ini – salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna peranti keluaran Apple.

Selain pengecasan pantas, iPhone 8 dan iPhone X juga turut menyokong pengecasan tanpa wayar secara terbina.

Komen