Webe Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Prabayar Tidak Lama Lagi?

Webe Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Prabayar Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Sep 15, 2017 oleh .

Webe semalam telah mengumumkan yang mana mereka akan mengubah nama rangkaian mereka daripada Webe kepada Unifi. Kini, selain daripadanya, perkhidmatan telekomunikasi mudah-alih yang dimiliki oleh Telekom Malaysia berkenaan juga turut dijangka memperkenalkan perkhidmatan prabayar mereka tidak lama lagi.

Melalui laporan penganalisa TA Securities yang terkini mengenai Telekom Malaysia, Webe dikatakan merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan prabayar mereka menjelang pertengahan kedua 2017 ini.

Buat masa ini, Webe hanya menawarkan perkhidmatan pascabayar dengan penawaran data tanpa had, selain turut menyediakan penawaran Webe Broadband. Semakan kasar juga turut didapati pihak Webe telah memulakan ujian integrasi dan pembangunan perkhidmatan yang dinamakan sebagai Webe Prepaid pada laman utama mereka.

Dengan perkembangan terbaru Webe yang mengubah nama rangkaian, selain Telekom Malaysia yang memfokuskan kepada era convergence, mungkinkah kita akan melihat pengenalan perkhidmatan prabayar dibawah Webe tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN