Essential Phone Akan Menerima Bicu Audio 3.5mm Menerusi Aksesori Magnetik Tambahan

Essential Phone Akan Menerima Bicu Audio 3.5mm Menerusi Aksesori Magnetik Tambahan

Diterbitkan pada Sep 16, 2017 oleh .

Essential Phone telah dilancarkan tanpa bicu audio. Sebab yang diberikan ialah ia akan menyebabkan peranti hampir tiada bezel ini mempunyai dagu yang besar serta memakan 10% kuasa bateri. Dari beberapa ulasan yang kami baca setakat ini, ramai merasakan bicu audio masih dianggap “essential” pada peranti yang menggunakan nama Essential.

Pemilik Essential Phone boleh mendapatkan semula bicu audio menerusi aksesori audio premium yang bakal dilancarkan. Aksesori ini akan bersambung secara magnetik pada Click Connector pada bahagian belakang peranti. Ini disahkan sendiri oleh pihak Essential di dalam acara Reddit AMA baru-baru ini. Adakah bicu audio masih lagi perlu disertakan pada peranti pintar atau aksesori bluetooth semasa sudah memadai?


TIPS & ULASAN