Samsung Akhirnya Membenarkan Butang Bixby Dinyahaktifkan

Samsung Akhirnya Membenarkan Butang Bixby Dinyahaktifkan

Diterbitkan pada Sep 18, 2017 oleh .

Samsung Galaxy S8, S8+ dan Note 8 ialah tiga peranti yang dilengkapi butang tambahan untuk melancarkan pembantu maya Bixby. Tetapi ramai pemilik peranti-peranti ini merungut butang ini kerap secara tidak sengaja ditekan menyebabkan Bixby dilancarkan secara tiba-tiba. Samsung hari ini akhirnya membenarkan pengguna untuk menyahaktifkan terus butang ini sekiranya tidak diperlukan.

Pengguna hanya perlu mengemaskini Bixby dan Bixby Home menerusi aplikasi Galaxy Apps. Selepas kemas ini lancarkan Bibxy dengan menekan butang atau melakukan tatalan ke kanan dari skrin hadapan. Anda boleh melihat tetapan baru yang membenarkan anda menyahatifkan butang Bibxy.

Ini turut boleh dilakukan dengan menekan ikon gear pada bucu atas Bixby atau memasuki menu tetapan pembantu maya ini. Pergi ke tetapan Bixby Key dan dari sini pilih “Don’t open anything”. Anda kini tidak perlu risau melancarkan Bixby secara mengejut kerana silap menekan butang.


TIPS & ULASAN