Perkhidmatan penghantaran makanan atas-talian bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat-syarikat seperti FoodPanda, DahMakan dan DCentro sudahpun bertapak di Malaysia, dan mereka bakal bersaing dengan Uber melalui UberEATS.
Hari ini, Uber Malaysia telah secara rasminya memperkenalkan UberEats di Kuala Lumpur, sekaligus membolehkan para pengguna sekitar Kuala Lumpur untuk mebuat tempahan makanan melalui aplikasi UberEats, dan seterusnya menerima makanan mereka dihantar terus dimana pengguna berada – sama ada di rumah atau pejabat. Uber menyediakan sebuah aplikasi berasingan untuk UberEats, tetapi pengguna boleh menggunakan akaun yang sama seperti pada Uber. Buat masa ini, UberEats hanya menyokong pembayaran menggunakan kad kredit atau debit sahaja. Seperti pada aplikasi Uber asal, pengguna turut boleh memantau proses penghantaran dan dimanakah penghantar makanan secara masa-nyata.
Menurut Uber, secara purata, UberEats akan menghantar makanan dalam tempoh sekitar 30-35 minit, dan UberEats akan mengecas RM5 untuk penghantaran – tambahan diatas kos makanan. Buat masa ini, di Malaysia, UberEats sedia mempunyai sekitar 200 restoran dibawahnya. Uber turut mengatakan yang mana mereka telah bekerjasama dengan pihak Jakim dalam memastikan mereka mengambil kira sentimemn pengguna tempatan, serta mengasingkan penghantaran makanan halal dan tidak halal.
- Layari : UberEats Kuala Lumpur