Carian
Stesen Pengecasan Kereta Elektrik Terbesar Dunia Akan Dibina Di Jerman -Mengecas 144 Kereta Serentak
September 25, 2017 Effi Saharudin

Negara UK, India dan Norway mempunyai perancangan untuk mengharamkan penggunaan kenderaan bahan api fosil dalam masa dua puluh tahun. Hanya kenderaan elektrik akan dibenarkan dijual bagi mengurangkan pencemaran udara untuk generasi seterusnya. Jerman masih belum bercadang mengharamkan kenderaan bahan api fosil tetapi mereka akan membina stesen pengecasan kereta elektrik terbesar di dunia.

Innovationspark Zusmarshausen akan dibina bersebelahan lebuhraya A8. “Stesen minyak” untuk kereta elektrik ini boleh mengecas 144 kenderaan serentak. Sebanyak 24 pengecas menyokong pengecasan adi-pantas 350kW, Ini adalah lebih dua kali ganda lebih pantas berbanding Tesla SuperCharge dengan kapasiti pengecasan 150kW.

Dengan pengecasan elektrik, penggunaan 29.5 Juta liter minyak dan 60.00 tan metrik karbon dioksida dapat dikurangkan dalam masa setahun. Di Malaysia stesen pengecasan elektrik kini ditemui di pusat membeli belah dan stesen minyak yang terhad. Di masa hadapan tidak mengejutkan stesen minyak seluruh dunia akan digantikan dengan stesen seperti Innovationspark Zusmarshausen.

Komen