Rekaan Peranti Realiti Gabungan Windows Oleh Samsung Tertiris
Artikel Berkaitan

Rekaan Peranti Realiti Gabungan Windows Oleh Samsung Tertiris

Diterbitkan pada Sep 27, 2017 oleh .

Peranti realiti gabungan Windows telahpun dilancarkan oleh Asus, Dell dan Lenovo. Hari ini rekaan peranti realiti gabungan Windows keluaran Samsung pula tertiris ke arena web menerusi akaun Twitter @h0x0d. Rekaannya berbeza dari rekaan Gear VR mereka sebelum kerana mempunyai fon kepala AKG terbina.

Pada waktu yang sama pada bahagian hadapan terdapat dua sensor ataupun kamera untuk tujuan menjejak. Turut tertiris ialah alat kawalan untuk peranti realiti gabungan ini. Nama rasmi serta spesifikasinya masih lagi misteri. Microsoft akan mengadakan acara khas pada 3 Oktober ini di San Francisco. Misteri mengenai peranti ini mungkin akan terjawab di acara ini kelak.


TIPS & ULASAN