Cari @ Amanz

Minggu lalu UberEATS dilancarkan yang merupakan perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar Kuala Lumpur. Kini perkhidmatan UberTRIP pula dilancarkan di Perak dan mensasarkan golongan pelancong yang ingin melawat destinasi pelancongan tanpa perlu menyewa kenderaan.

Dengan UberTRIP pengguna boleh melawat beberapa lokasi pelancongan dengan bayaran RM140 untuk empat jam pertama. Bayaran berdasarkan jam penggunaan dan bukannya jarak perjalanan. Selepas empat jam, bayaran RM 0.60 untuk setiap minit akan dikenakan. Melalui perkhidmatan ini Uber berharap pelancong akan dapat melawat destinasi menarik di negeri Perak dengan lebih mudah, selesa dan selamat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd