Hanya 5000 Unit Essential Phone Dilaporkan Telah Terjual Setakat Ini

Hanya 5000 Unit Essential Phone Dilaporkan Telah Terjual Setakat Ini

Diterbitkan pada Sep 28, 2017 oleh .

Langkah pertama Andy Rubin untuk kembali ke dunia peranti mudah alih nampaknya sedikit bermasalah. Essential Phone yang menggunakan rekaan nirbingkai menerima pujian dari segi rekaan tetapi dikritik kerana kemampuan kamera yang buruk bagi sebuah peranti utama pada harga premium.

Essential Phone

Menurut laporan BayStreet Research, hanya 5000 unit Essential Phone telah terjual setakat ini. Anggaran jualan ni dilakukan menerusi jualan dari Sprint yang menawarkan peranti ini di Amerika Syarikat. Angka yang rendah ini mungkin akan meningkat sekiranya Essential Phone turut ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain atau dijual secara global seperti peranti pengeluar lain. Kami sendiri sedikit tawar hati untuk memiliki Essential Phone setelah membaca ulasan yang rata-ratanya negatif.


TIPS & ULASAN