Xiaomi mengalami penurunan jualan mendadak tahun lalu. Pengguna merungut peranti mereka sukar dibeli dan tidak boleh dicuba terlebih dahulu. Oleh itu Xiaomi mengubah strategi jualan mereka dan di Malaysia sebuah ruang pameran fizikal telah dibuka di Pulau Pinang dengan sebuah lagi bakal dibuka di KLCC.
IOI City Mall pun bakal ada Mi Retailer Store? ?? pic.twitter.com/lF8wGaci7N
— Arif Ishak (@Piratz) September 27, 2017
Jumlah bilik pameran fizikal Xiaomi di Malaysia bakal meningkat ke tiga. dekan pembukaan di pusat membeli belah IOI City Mall. Seperti di KLCC sebelum ini, ruang pameran ini masih lagi di dalam fasa pembinaan. Selain telefon pintar, Xiaomi turut menjual pelbagai aksesori pintar keluaran mereka seperti penimbang berat di kedai seperti ini.