Carian
Spesifikasi HTC U11 Life Tertiris Dengan Sistem Edge Sense
October 4, 2017 Effi Saharudin

HTC masih belum bersedia menghentikan penghasilan telefon pintar sungguhpun jualan adalah kurang memuaskan. Pasukan yang bertanggungjawab menghasilkan Google Pixel telahpun diambil alih oleh Google. Sebelum ini kami melaporkan peranti seterusnya yang dikeluarkan ialah HTC U11 Life. Peranti ini akan menggunakan sistem operasi Android One. Spesifikasi peranti ini telahpun tertiris melalui akaun Twitter @LlabTooFer.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD HD penuh, dijana pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 3/4 GB dan storan 32/64GB. Kedua-dua kamera hadapan serta belakang menggunakan sensor 16-Megapixel. HTC nampaknya masih belum mahu menghasilkan peranti dengan sistem dwi-kamera.

Bateri sebesar 2600 mAh akan membekalkan kuasa kepada peranti. Seperti HTC U11, U11 Life akan mempunyai sistem tubuh boleh dipicit Edge Sense serta fon telinga U-Sonic yang menggunakan port USB-C. Akhir sekali U11 Life turut mempunyai ketahanan air IP67.

Komen