Cari @ Amanz

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, HTC hanya akan melancarkan jumlah peranti yang kecil tahun ini. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kos dan memudahkan promosi peranti sedia ada. HTC U11 dilancarkan pada Mei yang lalu dengan fungsi unik tubuh yang boleh dipicit Edge Sense. Bagi mereka yang merasakan U11 terlalu mahal, HTC U11 Life dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.

U11 life dilengkapi skrin lebih kecil 5.2″ HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 630 dan storan sebesar 32GB. Kemampuan kamera dikatakan 16-Megapixel pada bahagian hadapan dan 16-Megapixel pada bahagian belakang.

Ia turut menyokong sistem Edge Sense dan kemampuan kalis air IP67. Seperti U11, peranti ini juga tidak mempunyai bicu audio. HTC U11 Life dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd