Penggunaan iOS 11 Kini Mencecah 38.4% Selepas Hanya Dua Minggu
Effi Saharudin
Kemas kini iOS 11 memberikan fungsi baru yang akan memudahkan lagi pengguna peranti. Selepas dua minggu boleh dimuat turun, peratusan peranti yang menggunakan iOS 11 kini mencecah 38.4%. Ini adalah peningkatan tiga kali ganda berbanding 11.06% yang dicatatkan selepas 24 jam kemaskini diberikan. Sementara itu iOS 10 menurun ke 55.4% dan versi iOS versi lebih lama hanya pada tahun 6.19%. 
Kadang peningkatan peratusan penggunaan iOS 11 adalah lebih perlahan berbanding iOS 10. Pada iOS 10 peratusannya mencecah 48% dalam masa dua minggu. Sungguhpun kadar penggunaan iOS 11 sedikit perlahan, ia masih lebih pantas berbanding Android Oreo yang hanya digunakan 0.2% peranti Android sehingga semalam.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.