Kesemua 3 Bilion Akaun Yahoo! Digodam Pada 2013 Lepas

Kesemua 3 Bilion Akaun Yahoo! Digodam Pada 2013 Lepas

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Pada tahun lepas, Yahoo! telah mengumumkan yang mana perkhidmatan mereka telah digodam pada 2013 yang lepas, dan ketika itu, Yahoo! mengatakan sekitar satu bilion akaun telah terjejas.

Terkini, selepas pengambil-alihan Verizon, melalui siasatan lanjut, ia dilihat godaman pada 2013 yang lepas memberi kesan kepada kesemua tiga bilion akaun Yahoo!, dan bukannya hanya satu bilion seperti diperkatakan sebelum ini.

Melalui serangan ini, antara yang didapati oleh pengodam adalah termasuk nama, alamat emel, dan beberapa info tambahan. Yahoo! mengatakan informasi seperti kata laluan, dan maklumat kad kredit telah melalui penyulitan.

Ini sekaligus meletakkan godaman dan kecurian maklumat ini adalah yang terbesar buat masa ini. Ia dikatakan Yahoo telah mula menghantar emel kepada akaun yang terjejas.

Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk mengubah kata laluan akaun Yahoo! anda untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.


TIPS & ULASAN