BNM Akan Membuat Keputusan Sama Ada Kriptowang Diharamkan Atau Tidak
Aman
Beberapa negara telah mula mengawal mata wang digital atau turut dikenali dengan nama kriptowang, termasuk antaranya adalah Korea Selatan.
Terkini, bercakap mengenainya, pihak Bank Negara Malaysia mengatakan mereka akan tentukan menjelang penghujung tahun ini sama ada akan mengharamkannya ataupun tidak.
Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk mengumumkan garis panduan atau pendirian berkenaan arena kriptowang dan mata wang digital ini menjelang penghujung tahun ini.
BNM mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenainya dalam tempoh kurang tiga bulan lagi. Sekiranya ia dibenarkan untuk digunakan, maka garis panduan turut akan meliputi perkara berkaitan penyalahgunaan kewangan, dan beberapa perkara lain. Sebelum ini, beberapa tahun lepas, BNM telah mengatakan yang mana Bitcoin tidak diiktiraf di Malaysia.
BNM to decide by end of this year on whether to ban cryptocurrencies – Governor
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 4, 2017
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.