DxOMark : Kamera Google Pixel 2 Adalah Lebih Baik Daripada iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8

DxOMark : Kamera Google Pixel 2 Adalah Lebih Baik Daripada iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

DxOMark sedia menjadi salah satu piawaian tanda aras yang digunakan dalam menentukan kualiti rakaman gambar dan video untuk sesuatu telefon pintar.

DxOMark Pixel 2

Sebelum ini, mereka telah mengumumkan yang mana iPhone 8 Plus adalah telefon pintar dengan kamera terbaik – menawarkan skor sebanyak 94 markah. Semalam, mereka turut mengumumkan skor untuk Galaxy Note 8, yang mana menawarkan skor serupa dengan iphone 8 Plus, iaitu 94.

Hari ini, pada acara pengumuman Google Pixel 2, pihak Google membuat kejutan dan mengumumkan yang mana DxOMark memberikan markah tertinggi untuk telefon pintar buat masa ini, iaitu sebanyak 98.

Untuk makluman, Google Pixel 2 menggunakan satu kamera belakang dengan lensa 12.2-megapixel, berbeza dengan kedua-dua pesaing terdekat mereka. Sebelum ini, Google Pixel generasi pertama turut mencapai skor tertinggi DxO ketika itu, dan sekali lagi Google nampaknya tidak mengecewakan peminat mereka dari segi penawaran sokongan kamera.


TIPS & ULASAN