Cari @ Amanz

Tahun lalu pembesar suara pintar Google Home dilancarkan sebagai pesaing kepada Amazon Echo. Semalam di dalam majlis pelancaran Google Pixel 2, dua lagi pembesar suara pintar di dalam keluar Google Home dilancarkan. Google Home Max ialah yang terbesar pernah dihasilkan Google. Ia dikatakan dua puluh kali ganda lebih berkuasa berbanding Google Home.

Terdapat dua woofer dan dua tweeter terbina bagi memberikan kualiti audio terbaik mendengar muzik. Sistem Smart Sound yang disertakan menala bunyi yang dikeluarkan secara automatik mengikut kedudukan Home Max di rumah.

Seperti Sonos One, Home Max boleh dipadankan dengan sebuah lagi Home Max untuk menjadi sistem audio stereo. Home Max boleh diletakkan secara mendatar atau berdiri menegak. Google Home Max dijual pada harga $399 (~RM 1688) sebuah dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Pembesar suara Google Home Mini pula ialah jawapan Google kepada Amazon Echo Dot. Pembesar suara pintar mini ini berbentuk bulat dengan gerigi pembesar suara yang diperbuat daripada fabrik. Sebuah pemacu audio yang digunakan boleh memancarkan audio secara 360 darjah. Seperti Home and Home Max, ia boleh menyokong kawalan suara Google Assistant. Terdapat tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan merah. Google Home Mini dijual pada harga mampu milik $49 (~RM 207).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd