Masalah bateri menggelembung sehingga menyebabkan skrin iPhone 8 Plus tercabut dilaporkan berlaku. Kali ini ia dilaporkan berlaku di Greece dan Kanada. Ini membawakan jumlah kes bateri menggelembung kepada lima kesemuanya.
Di dalam kejadian kedua-dua kejadian, pemilik iPhone 8 Plus hanya sempat menggunakan peranti baru selama sehari sebelum skrin tercabut. Bateri membelon secara tiba-tiba selepas peranti dicas pada waktu malam.
Sebelum ini pihak Apple dilaporkan akan menyiasat masalah bateri menggelembung untuk melihat tahap keseriusannya. Setakat ini masalah ini hanya melanda peranti iPhone 8 Plus. Adakah dengan wujudnya masalah ini anda sedikit tawar hati untuk memiliki sebuah iPhone 8 Plus?