Microsoft Launcher Diperkenalkan Untuk Android

Microsoft Launcher Diperkenalkan Untuk Android

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

Microsoft hari ini menjenamakan semula Arrow Launcher mereka untuk Android dibawah nama baru, iaitu Microsoft Launcher. Seperti Edge, Microsoft Launcher juga turut ditawarkan dibawah versi percubaan dan bukannya sebagai versi akhir.

Microsoft Launcher

Microsoft Launcher ditujukan kepada pengguna peranti Android yang juga aktif menggunakan komputer Windows. Salah satu ciri yang hadir pada Microsoft Launcher adalah Continue on PC. Melaluinyya, anda boleh meneruskan membuka sesuatu dokumen atau gambar terus daripada telefon pintar anda ke PC serta-merta.

Microsoft Launcher

Disamping itu, ia turut menawarkan Feed yang memudahkan anda mengikuti berita semasa, temujanji harian, aplikasi yang sering digunakan dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Microsoft Launcher hari ini pada peranti Android, dan meningkatkan lagi produktiviti harian anda.

Muat-Turun Microsoft Launcher Preview untuk Android


TIPS & ULASAN