Windows 10 Mobile Bukan Lagi Fokus Utama Microsoft

Windows 10 Mobile Bukan Lagi Fokus Utama Microsoft

Diterbitkan pada Okt 9, 2017 oleh .

Microsoft sudah sekian lama mendiamkan diri berkenaan penawaran ciri-ciri baru untuk Windows 10 Mobile, mahupun telefon pintar baru yang menggunakan sistem operasi berkenaan. Perkara ini turut membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan sistem operasi mudah-alih berkenaan.

Terkini, bercakap mengenainya, Joe Belfiore mengatakan yang mana Microsoft tidak lagi memfokuskan Windows 10 Mobile buat masa ini.

Beliau mengatakan Microsoft akan menawarkan kemaskini sekuriti dan juga penambah-baikkan pepijat, tetapi tidak merancang untuk penawaran lebih daripadanya. Joe Belfiore turut mengatakan yang mana Microsoft tidak lagi memfokuskan pembangunan ciri-ciri baru mahupun peranti baru menjalankan Windows 10 Mobile.

Walaubagaimanapun, Microsoft masih tidak melupakan arena mudah-alih sepenuhnya. Berbanding membangunkan platform tersendiri, Microsoft dilihat menarik pengguna melalui penawaran perisian mereka untuk iOS dan Android. Baru-baru ini juga, Microsoft telah memperkenalkan pelayar web Edge untuk Android dan iOS, selain Microsoft Launcher untuk Android.


TIPS & ULASAN