Chilli Spinner Phone – Telefon Pintar Yang Turut Merupakan Sebuah Pemutar Kegelisahan

Chilli Spinner Phone – Telefon Pintar Yang Turut Merupakan Sebuah Pemutar Kegelisahan

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

2017 ialah tahun yang menakjubkan kerana terdapat pelbagai inovasi di dalam dunia peranti mudah alih. Tahun ini rekaan semua-skrin nirbingkai mula digunakan secara meluas termasuk pada peranti kelas permulaan. Skrin OLED dengan HDR juga diperkenalkan bagi memberikan paparan setanding televisyen. Inovasi telefon mudah alih juga kini membolehkan ia dimuatkan ke dalam sebuah pemutar kegelisahan.

Chilli Spinner Phone ialah sebuah telefon mudah alih yang juga berfungsi sebagai sebuah pemutar kegelisahan. Ia dilengkapi skrin sebesar 1.0″ dan menyokong rangkaian 2G apabila SIM bersaiz mikro dimasukkan. Terdapat memori sebesar 32MB dan storan sebesar 32MB. Bateri sebesar 800 mAh disertakan.

Bagi yang berminat Chilli Spinner phone dijual pada harga INR 899 (~RM 58) sebuah. Tidak diketahui sama ada peranti ini selamat digunakan untuk jangka masa yang lama. Sebelum ini terdapat laporan pemutar kegelisahan dengan pembesar suara bluetooth meletup ketika sedang dicas.


TIPS & ULASAN