Kedai Xiaomi Di KLCC Akan Beroperasi Bermula Hari Jumaat Ini, 13 Oktober

Kedai Xiaomi Di KLCC Akan Beroperasi Bermula Hari Jumaat Ini, 13 Oktober

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Bagi anda yang sering berkunjung ke KLCC, mungkin sedia sedari yang mana Xiaomi dalam proses untuk membuka sebuah kedai dan juga bilik pameran peranti mereka di Suria KLCC. Terkini, pihak Xiaomi Malaysia mengatakan yang mana ia akan mula beroperasi bermula hari Jumaat ini, 13 Oktober 2017.

Pembukaan ini akan menjadikan ia sebagai kedai rasmi kedua untuk Xiaomi di Malaysia. Sebelum ini, Xiaomi telah membuka kedai rasmi mereka di Pulau Pinang dan memudahkan para pengguna mendapatkan produk mereka di sana.

Melalui kedai Xiaomi ini, pengguna boleh mencuba terlebih dahulu pelbagai peranti sebelum memilih untuk membelinya. Disamping itu, pengguna juga turut boleh mendapatkan sejumlah produk berjenama Xiaomi – termasuk peralatan pintar mereka selain telefon pintar. Xiaomi juga akan memulakan jualan Redmi Note 5A pada hari sama, dan ditawarkan melalui kedai di KLCC.


TIPS & ULASAN