Carian
Kerajaan Sasar Kelajuan Minima 30Mbps Untuk Jalur Lebar Mudah-Alih Menjelang 2020
October 12, 2017 Aman

Bersama-sama dokumen bidaan untuk spektrum 700Mhz, pihak SKMM turut menyatakan yang mana mereka menyasarkan untuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi menawarkan jalur lebar mudah-alih pada kelajuan 30Mbps menjelang 2020 kelak. Ia merupakan sebahagian daripada sasaran RMK-11.

Disamping itu, melalui penggunaan teknologi LTE dan spektrum baru, SKMM menyasarkan yang mana rangkaian LTE meliputi sekitar 95% kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang 2020, dan 98% kawasan berpenduduk menjelang 2023 kelak.

Sebagai proses memudahkan penyedia perkhidmatan menawarkan kawasan liputan yang meluas, SKMM kini telah membuka bidaan untuk spektrum 700Mhz. Melalui spekstrum rendah ini, ia dijangka dapat meliputi kawasan yang lebih luas berbanding spektrum lain.

SKMM juga turut menekankan yang mana perkhidmatan mudah-alih turut perlu meliputi lebuhraya utama dan juga laluan keretapi – termasuk KTM, KL Monorail, MRT, LRT dan juga KLIA Express menjelang 2023 kelak. Disamping itu, harga penawaran juga perlulah lebih rendah berbanding penawaran pakej jalur lebar mudah-alih pada hari ini.

Buat masa ini, pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula melihat kepada rangkaian 4.5G dan juga 5G. Dengan perkembangan teknologi, tidak mustahil untuk syarikat telekomunikasi tempatan mencapai angka berkenaan menjelang 2020 kelak.

Apa kata anda?

Komen