Kindle Oasis Dikemaskini Dengan Skrin Lebih Besar Dan Kini Kalis Air

Kindle Oasis Dikemaskini Dengan Skrin Lebih Besar Dan Kini Kalis Air

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Jika ada satu produk yang masih belum kami miliki ia pastinya adalah Kindle. Peranti buku elektronik dengan skrin e-ink ini tidak dijual secara meluas di Malaysia. Kindle Oasis yang dilancarkan sebelum telahpun dikemaskini dan membuatkan kami semakin ingin memilikinya. Amazon telah memberikannya skrin yang lebih besar dan akhirnya kemampuan kalis air.

Kindle Oasis kini dilengkapi skrin 7″ e-ink (3oo PPI) yang juga lebih terang berbanding model terdahulu. Ia mempunyai kemampuan kalis air IPX8 dan bateri yang mampu bertahan selama berminggu-minggu. Turut diperkenalkan ialah sokongan perkhidmatan Audible bagi mereka yang gemar mendengar buku audio. Kindle Oasis akan dijual pada 31 Oktober ini dalam dua pilihan storan iaitu 8 atau 32 GB. Harga jualan pula bermula dari $299.99 (~RM 1267) sebuah.


TIPS & ULASAN