Apple Dilaporkan Turut Membangunkan Peranti Dengan Skrin Lipat Dengan Kerjasama LG

Apple Dilaporkan Turut Membangunkan Peranti Dengan Skrin Lipat Dengan Kerjasama LG

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Peranti dengan skrin lipat Samsung Galaxy X dipercayai akan dilancarkan tahun ini dalam jumlah yang terhad. Chaebol terbesar Korea Selatan ini sudah bertahun cuba menghasilkan telefon pintar yang boleh berubah menjadi tablet apabila diperlukan di bawah kod nama Project Valley. Laporan dari The Investor hari ini mengatakan Apple turut mempunyai idea yang sama.

Apple dikatakan sedang bekerjasama dengan LG bagi membangunkan skrin OLED yang boleh dilipat. Projek ini masih di peringkat awal dengan sasaran melancarkan peranti pada tahun 2020. LG dipilih kerana Apple risau akan berlaku ketirisan maklumat rahsia teknologi sekiranya mereka bekerjasama dengan Samsung yang membekalkan skrin untuk iPhone X. Seperti Samsung, LG turut telah berjaya menghasilkan skrin OLED yang boleh dilentur sebelum ini. Adakah adan bersedia untuk iPhone dengan skrin boleh lipat?


TIPS & ULASAN