Cari @ Amanz

Di Malaysia isu pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris masih lagi menjadi isu hangat. Terdapat ramai majikan yang mengatakan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan Malaysia adalah agak lemah. Ramai merasakan menguasai bahasa Inggeris adalah perlu untuk kejayaan masa hadapan. Tetapi lain pula pendapat ketua pegawai eksekutif Apple Tim Cook.

JBK Jom Belajar KodingDi dalam temubual bersama laman Konbini, beliau dipetik berkata mempelajari bahasa pengaturcaraan adalah lebih penting berbanding mempelajari bahasa Inggeris. Ini adalah kerana bahasa pengaturcaraan membuka akses kepada lebih 7 bilion insan di dunia berbanding 1.5 bilion pengguna bahasa Inggeris. Pada waktu yang sama beliau menegaskan mempelajari bahasa Inggeris masih lagi perlu tetapi tidak di tahap yang sama dengan bahasa pengaturcaraan.

Di Malaysia kerajaan sudah proaktif dan program Jom Belajar Koding telah ditawarkan kepada mereka yang berminat. Antara sukatan pelajaran Jom Belajar Koding ialah HTML, CSS dan juga PHP. Dengan pekerjaan kolar biru mula diancam oleh robot dan kecerdasan buatan, mempelajari bahasa pengaturcaraan ialah antara perkara yang perlu bagi menyediakan generasi masa hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd